Pada 8 April 2018 di Dewan Jubli Perak SMK Parit Bunga telah berlangsung satu Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah Bagi Tahun 2018.
NILAM – Nadi Ilmu Amalan Membaca
– Merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Jika sebelum ini hanya melibatkan guru bahasa sahaja, namun ianya mula berubah dengan adanya Nilam Tambah Baik yang mula dijalankan sepenuhnya pada tahun ini. Bagi menyemarakkan lagi sikap membaca di kalangan pelajar, SMKPB telah melaksanakan Majlis Pelancaran Program Nilam pada 8 April 2018. Majlis kali ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua En Mustaffa bin Ma'arof, selaku Pengerusi NILAM Peringkat Sekolah.
Diharapkan dengan adanya pelancaran ini, pelajar-pelajar akan mempunyai kesedaran tentang kepentingan membaca untuk menguasai sesuatu ilmu. Bak kata yang selalu kita dengar, membaca jambatan ilmu.
UCAPAN DARIPADA GURU PENYELARAS NILAM PUAN SYARIATI
BINTI MD SAH
PERSEMBAHAN PELAJAR MENDEKLAMASIKAN
SAJAK DALAM BAHASA MELAYU
PERSEMBAHAN PELAJAR ULASAN
BUKU DALAM BAHASA MELAYU
PERSEMBAHAN PELAJAR MENDEKLAMASIKAN
SAJAK DALAM BAHASA
INGGERIS
PERSEMBAHAN PELAJAR ULASAN BUKU DALAM BAHASA INGGERIS
UCAPAN PENGERUSI NILAM
EN.MUSTAFFA BIN MA’ROF
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM NILAM OLEH TUAN PENGETUA
EN.MUSTAFFA BIN MA’ROF
BARISAN PENTADBIR DAN GURU-GURU YANG TERLIBAT DENGAN PROGRAM NILAM
No comments:
Post a Comment