Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program
Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program
Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5
November 2009.
Berdasarkan surat arahan daripada Bahagian Teknologi Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 05 September 2012,
Ruj:KP(BTP)-PSP8810/1/2Jld.4(32) telah mengarahkan semua sekolah di seluruh
negara melaksanakan KM1M bermula dari 22 Oktober hingga 25 Oktober 2012
bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dengan tema
‘Pembacaan Pemangkin 1Malaysia’.
Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang pelajar selepas peperiksaan hujung tahun, menggerakkan program/aktiviti galakan
membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai
tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam
kalangan pelajar.
Majlis Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia 2018 (KM1M) peringkat sekolah telah diadakan di
dewan Jubli Perak. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Puan Syariati Binti Md Sah dan di ikuti dengan Majlis Perasmian Program Kem Membaca 1 Malaysia 2018 oleh Tuan Pengetua Encik Mustaffa Bin Ma'arof