Sunday, 8 April 2018

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2018

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2018

Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009.

Berdasarkan surat arahan daripada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 05 September 2012, Ruj:KP(BTP)-PSP8810/1/2Jld.4(32) telah mengarahkan semua sekolah di seluruh negara melaksanakan KM1M bermula dari 22 Oktober hingga 25 Oktober 2012 bertujuan untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dengan tema ‘Pembacaan Pemangkin 1Malaysia’.


Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang pelajar selepas peperiksaan hujung tahun, menggerakkan program/aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan pelajar.

Majlis Pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia 2018 (KM1M) peringkat sekolah telah diadakan di dewan Jubli Perak. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Puan Syariati Binti Md Sah dan di ikuti dengan Majlis Perasmian Program Kem Membaca 1 Malaysia 2018 oleh Tuan Pengetua Encik Mustaffa Bin Ma'arof





PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH SMKPB 2018

PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2018

Pada 8 April 2018 di Dewan Jubli Perak SMK Parit Bunga telah berlangsung satu Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah Bagi Tahun 2018.


NILAM – Nadi Ilmu Amalan Membaca


– Merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Jika sebelum ini hanya melibatkan guru bahasa sahaja, namun ianya mula berubah dengan adanya Nilam Tambah Baik yang mula dijalankan sepenuhnya pada tahun ini. Bagi menyemarakkan lagi sikap membaca di kalangan pelajar, SMKPB telah melaksanakan Majlis Pelancaran Program Nilam pada 8 April 2018. Majlis kali ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua En Mustaffa bin Ma'arof, selaku Pengerusi NILAM Peringkat Sekolah.


Diharapkan dengan adanya pelancaran ini, pelajar-pelajar akan mempunyai kesedaran tentang kepentingan membaca untuk menguasai sesuatu ilmu. Bak kata yang selalu kita dengar, membaca jambatan ilmu. 


UCAPAN DARIPADA GURU PENYELARAS NILAM PUAN SYARIATI BINTI MD SAH


PERSEMBAHAN PELAJAR MENDEKLAMASIKAN SAJAK DALAM BAHASA MELAYU


PERSEMBAHAN PELAJAR ULASAN BUKU DALAM BAHASA MELAYU



PERSEMBAHAN PELAJAR MENDEKLAMASIKAN SAJAK DALAM BAHASA
INGGERIS


PERSEMBAHAN PELAJAR ULASAN BUKU DALAM BAHASA INGGERIS


UCAPAN PENGERUSI NILAM EN.MUSTAFFA BIN MA’ROF


MAJLIS PERASMIAN PROGRAM NILAM OLEH TUAN PENGETUA
EN.MUSTAFFA BIN MA’ROF



BARISAN PENTADBIR DAN GURU-GURU YANG TERLIBAT DENGAN PROGRAM NILAM 





Friday, 16 March 2018

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR DAN PAHANG 2018

Lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Bunga, Ledang terdiri daripada 40 orang pelajar dan  4 orang guru penasihat. Matlamat lawatan ini adalah meningkatkan ilmu pengetahuan tentang spesies burung, seni Asia, sejarah tentang Jepun dan mengurangkan stress para guru dan pelajar.

Pelaksanaan program

Tarikh:  16/3/2018-17/3/2018
Tempat: Kuala Lumpur dan Pahang

Antara tempat-tempat yang di lawati :

  • Beryl's Chocolate
  • Kuala Lumpur Bird Park
  • Orkid Garden Kuala Lumpur
  • Muzium Polis
  • Balai Seni Negara
  • I-City Shah Alam
  • Enerz Extreme Park
  • I-City Shah Alam
  • Pasar Bentong
  • Colmar Tropical Bukit Tinggi







Monday, 23 October 2017

JAMUAN AKHIR TAHUN 2017

Majlis : Jamuan Akhir Tahun SMK Parit Bunga Bagi Tahun 2017

Tempat : Cafe Seri Bunga










                   



Sunday, 3 September 2017

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU PINANG DAN KEDAH 2017

Lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Bunga, Ledang terdiri daripada 40 orang pelajar dan  4 orang guru penasihat. Matlamat lawatan ini adalah meningkatkan ilmu pengetahuan Bukit Bendera , Fort Cornwallis ,  3D Trick Art dan Gunung Jerai. Maka lawatan ini dapat membantu peningkatan pengetahuan dan pengalaman kalangan pelajar tentang persekitaran negara kita.

1.      Pelaksanaan Program
Tarikh   :  1/9/2017 hingga 3/9/17
Tempat :  Pulau Pinang dan Kedah 



Tuesday, 1 August 2017

PROGRAM SIHAT DAN UNTUNG
Pusat sumber telah menjual ais-krim pada 26 Julai 2017. Melibatkan pengawas pusat sumber seramai 10 orang murid. Antara perisa ais-krim yang telah dijual ialah coklat,vanilla,jagung,strawberry,paper mint.coklat chips. Tujuan jualan tersebut adalah untuk membaiki aircond di pusat sumber sekolah.

Sunday, 23 April 2017

Doa Menghadapi Peperiksaan

Doa-Doa Semasa Menghadapi Peperiksaan

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:


Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:


Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:


Doa memohon kejayaan cemerlang: